Thursday, July 09, 2009

Mabuhay Manila (Part 2)

Keesokkan harinya, our tour guide, Sonny Santiago, bawa kami ke Manila Baywalk sebelum jalan-jalan ke Tagaytay City.

Inilah kenderaan yang digunakan oleh Sonny selama kami berada di sana.

Ini saya tak pasti bangunan apa. Terletak berdekatan dengan Baywalk yang kami nak pergi tu. Snap dari dalam kereta. Go Navy! katanya...

Saya sukalah tengok Jeepneys di sana sebab nampak unik, menarik dan ceria. Katanya, Jeepney ini asalnya dibuat oleh US Military Jeeps dan ditinggalkan oleh tentera US semasa perang dunia kedua dulu. Ia kemudian dijadikan pengangkutan awam yang popular di Manila oleh penduduk tempatan di sana.

Lebih kurang 10 minit perjalanan dari hotel, kami pun tiba di Manila Baywalk. Kami lihat ramainya orang sedang jogging dan berjalan kaki di sana. Jauh juga Manila Baywalk ni. Lebih kurang 2 kilometer sepanjang Manila Bay, katanya.

Setiap hari, terutamanya hari minggu pasti ramai yang datang beriadah di sepanjang Baywalk ni. Apalagi di sebelah petang ketika Sunset... sangat cantikkkk ok. Sempat juga kami menikmati keindahan sunset di sebelah petangnya pula.



Jangan ingat Filipina tak ada bangunan tinggi. Tengok tu? :P
Inilah Manila Bay.

Walaupun pemandangan Manila Bay adalah cantik... tapi kelihatan air lautnya sangat kotor. Polution is everywhere here! Lebih teruk daripada kat Kota Kinabalu rasanya.

Baywatch (Philippines National Police)

Dari jauh lagi kami terdengar lagu-lagu rancak dalam bahasa Tagalog sedang berkumandang. Wah...Wah...Wah... pagi-pagi lagi dah meriah tempat ni. Sampai di satu kawasan lapang, ramai orang sedang ber'Aerobics' lah!

Terus Sonny kata kat saya, 'Wanna join them...?' sambil mata melirik kat body saya yang comel loteh ni! Cisssss... U perli I ke bro? Bluekkk :p.

Oklah saya stop dulu. Nanti sambung lagi. Bye...

p/s : Entry Mabuhay Philippines Part 1 sebelum ini, saya baru masukkan gambar katil saya kat hotel. Uols tak nak tengok ke? Hihihi...

10 comments:

Dakjaat™ said...

bestnya holiday kat tempat orang .. grouping or family sendiri jer?

lily lotus said...

dear, where's ur pic?

Norman said...

wow sis, rupanya kat manila yer...take care...

Honeylemon said...

dang.... nnt ku p ruma mu ambi souvenir ku arrr.... thk u la arrrr....muaaaaahhhhhh.....

azreen said...

cantik jugak permandangan kat Manila Bay tuh....lebih kurang mcm wollongong pulak....hehehe

eedany said...

Dakjaat : pergi dengan member saja :)


lily lotus : nak tengok ke? nanti i share ok


norman : bukan mangga manila ar... :P TQ norman.


honeylemon : Ok jangan lupa singgah ar :)


azreen : mesti wollongong lagi cantikkkk... tak sure bila dapat ke sana.

Oasis said...

Bestnyer aerobic tengah orang lalu lalang...

Ahmad Husni said...

eedany suasana di philipine agak2 sama macam di singapura juge..lagi2 di manila bay tu..macam la seakan2 di singapura di boat quey...hehehe.. :)

eedany said...

oasis : memang best sekali dapat tengok pemandangan alam. hehe


husni : iyer ke? saya tak pernah ke singapore lagi. Insyallah... one day akan ke sana juga...

Ahmad Husni said...

senang2 datang bah ke singapura ini...huhuhuhu.. :)